No.56-1 Jalan PPM 4
Plaza Pandan Malim
Melaka, Melaka 75250
6016-6155504

 APA ITU TOKEK

The Tokay Gecko (Gekko gecko) adalah (cicak tokek) yang aktif pada waktu malam dan tidur di siang hari,Tokek boleh di temui bermula dari timur laut India dan Bangladesh, di seluruh Asia Tenggara, Filipina untuk Indonesia dan barat New Guinea. habitat asli adalah pokok hutan tropika dan tebing-tebing, dan juga sering menyesuaikan dengan rumah-rumah yang berada di kawasan kampung dan di tempat tinggal manusia, tokek  menjadi kan celah-celah dinding,pokok,buluh celah batu sebagai tempat bermain dan hidup.
pembangunan yang pesat menjadikan tokek susah untuk di temui dan menjadikan harga dia mahal.Tokay Gecko dikenali sebagai tuko atau di Di Filipina orang yang paling menghormatinya dan menghargainya kerana makan hama berbahaya seperti kalaj engking dan lipan raksasa.jangka hayat tokek ini dalam lingkungan 7 – 10 tahun.

 

Kebaikan Cicak Tokek (Tokay Gecko)

Banyak orang mencari Tokek.Tokek banyak di cari pada masa sekarang dan menjadikan tokek ni salah satu binatang paling mahal dan berharga megalahkan gading gajah,kulit harimau Bengal dan sebagainya.Apakah sifat-sifat atau kelebihan tokek dalam industri perubatan dan mengapa harganya terlampau mahal?
Kajian Sains

Salah satu contoh,daging tokek di gunapakai dalam bentuk makanan atau serbuk dipercayai menyembuhkan pelbagai penyakit seperti penyakit kulit, asma dan juga meningkatkan stamina lelaki. Tapi sampai sekarang tidak ada kajian yang pasti mampu menunjukkan keberkesanan perubatan menggunakan tokek.

Sebuah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Prof Wang dari Universiti Henan China telah melaporkan Penemuan ini dan diterbitkan dalam World Journal of Gastroenterology. Tapi ada noresearch pada kajian farmakologi (kajian tentang interaksi antara ubat-ubatan, sistem dan proses kehidupan) dari tokek, bahawa mekanisme kerjanya sebagai anti-tumor masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Dari hasil laporan amalan klinikal yang diterbitkan oleh Medicalnewstoday, Tokek tidak hanya memperkuat sistem kekebalan organisma, tetapi juga boleh menginduksi sel tumor opoptosis sel tumor iaitu yang boleh merosakkan dirinya sendiri. Dalam amalan klinikal, pasukan penyelidik menggunakan tikus betina dalam proses kajian. Selain itu,tokek juga dipercayai menurunkan tindak aktif aktiviti VEGF dan protein bFGF. Protein ini akan menjejaskan pertumbuhan sel kanser. Kesan peningkatan sistem kekebalan dikesan berdasarkan kelenjar timus yang dapat menghasilkan sel-sel kekebalan di leher, pagosit dan sel limpa. Dikenali penurunan ekspresi VEGF dan bFGF protein, dan perbaikan sel apoptotik yang dapat membunuh sel tumor.

Ketika ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang melakukan penelitian tentang keberkesanan dari daging,kulit dan hempedu yang dipercayai untuk menyembuhkan penyakit AIDS, asma dan pelbagai penyakit kulit lain. Hal ini untuk menentukan sama ada rawatan ini benar-benar berkesan atau tidak, dan untuk melihat apakah ada efek samping yang mungkin timbul.sehingga ke hari ni.negara-negara barat sedang berlumba-lumba mendapatkan vaksin yang dapat membantu ramai manusia dalam meyelesaikan masalah kesihatan yang susah untuk di ubati.

 

Kesimpulan

Gecko telah dikenal sejak beberapa dekad yang lalu sebagai ubat tradisional di China dan juga sebagai salah satu menu makanan di Thailand dan Vietnam dan juga di proses menjadikan ubat untuk masalah kesihatan lelaki.Tokek sekarang termasuk salah satu haiwan yang mempunyai harga jual tinggi di dunia dan hebatnya ia hanya terdapat di Asia tenggara sahaja.

 

Jenis-Jenis Tokek

Tokek yang mempunyai harga adalah tokek dari spesis Berbintik merah kebiruan bermata kuning pisang seakan-akan mata kucing dan Tokek berwarna hijau bermata hijau.tokek paling mahal di dunia adalah tokek berbintik merah.manakala tokek hijau jatuh pada no.2 paling mahal di dunia.

 

Habitat

Tokek boleh di temui di hutan-hutan di Asia Tenggara,Rumah Lama,Tangki Air Lama,Pokok Buluh,Celah Pokok Besar dan kadangkala menjadikan rumah manusia sebagai habitat.

 

Info-info menarik
tokek mengeluarkan bunyi yang sungguh kuat
mempertahankan diri dengan mengigit mangsa dan mencabutkan ekor seperti sepecies cicak –cicak rumah yang ada
warna yang menarik
di panggil pelbagai nama seperti tekek,tokek,pokek dan sebagainya
boleh mencapai berat sehingga 10kg dan ke atas.
Makanan dia adalah tikus kecik,burung kecik,cengkerik dan serangaa kecil dari badan dia.

Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.

 

Make a Free Website with Yola.